Sebaik azan berkumandang, masing-masing sudah berada di ruang tamu. Malam tu Apai diminta qamat oleh atuknya. Babah mengimami solat Maghrib. Ada kira-kira 15 orang jemaah yang terdiri daripada keluarga penulis, Niza, Zainab dan Zamri.
Sebaik selesai solat Maghrib, masing-masing digalakkan untuk menunaikan solat sunat Nisfu Syaaban. Kemudian jemaah diminta berkumpul dan membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali bertujuan memohon kehadrat Allah SWT agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesejahteraan. Malam ni Kori membantu atuknya membaca doa Nisfu Syaaban. Ini adalah kerana atuknya terlupa nak pakai cermin mata.
Ia kemudian disusuli dengan tahlil dan diakhiri dengan solat Isyak.
Diakhir majlis ringkas ini diadakan kenduri (makan malam) untuk semua jemaah. Sebaik memulakan jamuan, datang tetamu dari Kuala Sungai Baru, siapa lagi kalau bukan Nek Jenab.
Mudah-mudahan apa yang dihajati di Malam Nisfu Syaaban ini akan termakbullah hendaknya...
Posted by : Azman
Picture by : Azman
Writer : Azman
Emm...anak sapa la ni...
Macam kena dera je....
Bacaan Yaasin berkumandang di malam Nisfu Syaaban...
5 comments:
Itu yang pakai mask berbaju biru tu baru lepas buat pembedahan ker?.. ish sadis plak nengok nyer.. azmiayup
Semua ambil langkah berjaga-jaga sebab kat Melaka ni pun dah ramai terkorban H1N1...kira ni ala-ala fesyen H1N1 la..
tahun ni raya sumer pakat2 pakai topeng (mask) yer... :)
sedih sbb takde sama malam tu , ader program kat alor gajah..:(
alahhh...kalau tak cukup facemask.. mak punya baju dalam yang lama2 dan dah nak reput tu boleh belah kan 2. jimat sebab lepas pakai boleh cuci hikkkk hikkk...bagi yang nak pakai masa raya tu bolehnler machingkan ngan baju raya punya kaler..huhu..huhu
Post a Comment