Blog ini dibangunkan khusus untuk ahli keluarga Haji Ayup bin Noh dan Hajah Khadijah bt. Awaluddin. Ayahanda Haji Ayup bin Noh telah dilahirkan di Bukit Gedong, Melaka pada 9 April 1937. Beliau mendirikan rumahtangga dengan isteri kesayangannya, iaitu Bonda Hajah Khadijah bt. Awaluddin pada tahun 1963. Bonda Hajah Khadijah pula dilahirkan pada 14 Ogos 1942. Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan 12 cahayamata, 6 orang lelaki dan 6 orang perempuan.