Thursday, April 19, 2012

Lagi.. Sambutan Idulfitri 1430H







nie adik nak citer sikit pasal menyambut syawal di Melaka. Adik .. nie la kali pertama menyambut aidilfitri di Melaka. Ketika adik menulis, kini adik telah berada di Kubang Kerian, Kelantan.

Berbeza ketika kali terakhir beraya di kelantan semasa menyambut iduladha, kemeriahan terasa sekali ketika menyambut raya idulfitri di kampung atuk ayup. Disini adik ingin coretkan sedikit kenangan yang boleh dikongsikan ketika menyambut idulfitri di Melaka.




Adik bersama abang aiman dan kakak anis sedang menunggu keretapi dari Tumpat ke Kuala Lumpur. Ayah suruh posing kat pagar keretapi.
















Makngah dan Cik Su sedang mengisi beras ke dalam sarung ketupat. Nie kali pertama adik melihat sarung ketupat .. lain macam jer tak sama dengan ketupat di kelantan.















diakhir-akhir ramadhan.. adik tenguk sumer keluarga ayah sangat sibuk membuat persiapan menyambut hari raya. Gambar dibawah nie.. atuk dengan bibik sedang menyembelih ayam. Atuk acukan pisau kat tengkuk ayam.. pastu sure.. ayam tu mengelepar kat pokok serai..













Bibik dengan atuk sedang sembelih ayam.. bebaik..silap-silap tersembelih jari.. huh.. lain pulak yang kantoi..atuk bukan nampak sangat .. jari ngan leher ayam tu nampak sama jer..































Abang ikram sedang mententeramkan ayam yang ke tujuh. nampak cool jer abang ikram.. ayam tu pun dah nampak redha jer..









Persediaan nak buat lemang.. atuk kata kena sediakan buluh lemang.. pastu kena masukkan beras pulut kat dalam nya.. pastu bakar.. atuk tak bagitau plak lepas tu jadi apa...










Nie pak ngah... walau nampak berusia.. tapi kuat.. setakat nie.. dah 16 biji kelapa dia buangkan sabutnya.. pakai gigi jer.. ari nie sumer orang puasa..












Selepas sabut dibuang, pak ngah sama ayah dan atuk gi hidupkan api untuk memasak ketupat... fuh.. best la..














Gambar nie diambil selepas waktu isyak.. kelihatan dak ikram ngan bibik sedang keletihan membakar lemang. Walau pun semangat membakar lemang kian membara.. namun dari riak muka ada rasa tension gak.. pasal start bakar lemang agak lewat gak.. ish rasanya pukul 4.00 pagi pun belum tentu siap..uwaa..

















Kelihatan deretan lemang yang sedang dibakar.. tahun nie.. tak dengar bunyi mercun yang besar-besar tu.. rasanya kegawatan ekonomi kot.. alhamdulilah.. ada keinsafan gak..