Sunday, September 27, 2009

Hari Raya Aidilfitri 1430H.

Hari Raya Pertama - 20 September 2009.

Tahun ni semuanya balik raya kecuali Azilah balik agak lewat. Mokhtar dan Fazana beraya di Gemas. Pagi raya semuanya ada kecuali penulis yang datang agak lewat. Tak macam dulu, semua akan konvoi ke rumah sedara mara. Tahun ni macam sendiri-sendiri. Bergambar pun tak sempat. Masing-masing dah ada komitmen sendiri. Baik ada rumah ibu, dapat berkumpul semuanya. Yang penting dapat bermaaf-maafan dengan mereka yang lebih tua daripada kita. Azhar dengarnya terpaksa bergegas pulang pada hari raya kedua kerana akan berangkat ke Taiwan, urusan kerja. So, dapat berkumpul pun dah ok.

Hanim dan Mira

Md. Noh

Makan apa yang ada...

Bawak ketupat ker?

Nampak sibuk...

Macam mana boleh masuk keluarga lain tu...

Bergambar jangan tidak...

Bukan main lagi...

Hanya ini saje gambar raya tahun ni..

Raihana dengan ibunya

Raihana dengan ayahnya...

Raihana

Raihana lagi...



Hari Raya Kedua - 21 September 2009.

Ada open house di Rumah Zamri dan juga Zainab. Di rumah Zainab, ada sambutan hari lahir Aisyah Najwa. Lewat petang, baru sampai. Azmi pulang ke Kota Bharu malam ni. Raya-raya, tetap berhari raya di jalan raya...

Banyaknya makanan...


Ramuan untuk makan mee sup..

Limau..

Yati..

Makan tu ingat-ingat sikit...

Habis kuih kat dalam bekas plastik tu..

Ifa & Raihana

Raihana & Aisyah



Posted by : Azman
Picture by : Azman
Writer : Azman

Tuesday, September 15, 2009

Aktiviti Mengacau Dodol

Ahad, 13 September 2009 bersamaan 23 Ramadan 1430H merupakan hari di mana sejak awal lagi telah dirancang oleh ahli keluarga ini untuk mengacau dodol. Proses menyiapkan bahan-bahan untuk dibuat dodol ini dijalankan sehari sebelumnya di mana Mak dengan bantuan Jenab dan Azman telah boh tepung beras, kupas dan mesin kelapa serta menyediakan gula tuak dan gula pasir.

Kira-kira jam 7.00 pagi, kayu-kayu buat memasak dodol ini diambil dari pasung kayu walaupun basah dek hujan malam tadi. Setelah itu tungku diletakkan dan kawah kosong diletakkan di atas tungku. Kayu-kayu dibakar dan sebaik apinya marak, kawah diletakkan. Santan dimasukkan ke dalam kawah. Kemudian gula pasir dan akhirnya gula tuak.

Proses paling kritikal ialah mengacau dodol. Menggunakan kederat yang ada di siang hari berpuasa ini memang mencabar. Manakan tidak, dengan asap dan bahang api dari bawah tungku dan dengan tenaga yang semakin berkurangan, rasanya boleh 'flat'.

Operasi mengacau dodol ini saling bertukar tangan. Empat orang yang terlibat. Amlong, Amir, Azman dan Arif saling membantu mengacau dodol. Dengan centong atau pengacau dodol yang dah goyang-goyang, digagahkan juga operasi mulia ini agar semua yang pulang ke kampung nanti dapat menjamah sepotong dua dodol ini.

Akhirnya kira-kira jam 1.00 tengah hari, kawah dodol diturunkan. Fuhh, leganya. Selepas itu, dodol-dodol ini dimasukkan ke dalam bekas plastik untuk disejukkan.

Petang itu semua yang terlibat mengacau dodol tertidur keletihan. Moga-moga apabila makan dodol nanti, ingat-ingat le kat orang yang kacau dodol ini...

Posted by : Azman
Picture by : Azman
Writer : Azman


Kawah dodol

Kerja mengacau dodol

Babah...memerhatikan kerja mengacau dodol

Ada orang baru mengacau dodol...

Acara beregu mengacau dodol...

Mengacau dodol memerlukan kesabaran...

Dodol dah siap...
Sedia untuk diangkat..

Proses memasukkan dodol ke dalam bekas plastik..

Menggunakan pelepah pisang untuk mengaut dodol..

Menggunakan senduk pun boleh..

Dodol siap..

Makan masa hari raya pun sodap...

Friday, August 7, 2009

Malam Nisfu Syaaban

Petang Rabu, 5 Ogos 2009 bersamaan 14 Syaaban 1430H berkumpullah para jemaah dari dua tiga keluarga untuk memuliakan Malam Nisfu Syaaban. Kira-kira jam 7.00 malam semuanya sudah bersiap-siap mengambil wuduk untuk menunaikan fardu Maghrib secara berjemaah. Sejadah dibentang dan disusun oleh Apai, Kori, Kolan dan Arif memanjang dua saf.

Sebaik azan berkumandang, masing-masing sudah berada di ruang tamu. Malam tu Apai diminta qamat oleh atuknya. Babah mengimami solat Maghrib. Ada kira-kira 15 orang jemaah yang terdiri daripada keluarga penulis, Niza, Zainab dan Zamri.

Sebaik selesai solat Maghrib, masing-masing digalakkan untuk menunaikan solat sunat Nisfu Syaaban. Kemudian jemaah diminta berkumpul dan membaca surah Yaasin sebanyak tiga kali bertujuan memohon kehadrat Allah SWT agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberikan kesejahteraan. Malam ni Kori membantu atuknya membaca doa Nisfu Syaaban. Ini adalah kerana atuknya terlupa nak pakai cermin mata.

Ia kemudian disusuli dengan tahlil dan diakhiri dengan solat Isyak.

Diakhir majlis ringkas ini diadakan kenduri (makan malam) untuk semua jemaah. Sebaik memulakan jamuan, datang tetamu dari Kuala Sungai Baru, siapa lagi kalau bukan Nek Jenab.

Mudah-mudahan apa yang dihajati di Malam Nisfu Syaaban ini akan termakbullah hendaknya...


Posted by : Azman
Picture by : Azman
Writer : Azman



Suasana petang yang berjerebu...

Atuk memerhati dan memantau petugas majlis petang itu...


Emm...anak sapa la ni...


Macam kena dera je....


Bacaan Yaasin berkumandang di malam Nisfu Syaaban...


Begitu khusyuknya jemaah...


Ahmad pun kena pakai topeng (mask)


Aisyah di sisi Zamri


Emm..emm...macam kenal aje!


Baca baca juga, topeng kena pakai...


Ibu mithali (bukan bertali..)

Aisyah Najwa


Pak Imam

Bilal (Assistant Iman)

Khusyuknya...

Majlis Tahlil

Pandai bebudak ni berlakon...macam baik je!


Surah Yaasin...

Buat apa tu???


Bila nak makan nih?


Lauk-pauk kenduri (macam selalu..)

Ayam goreng


Daging masak asam pedas

Sayur lodeh

Wabak H1N1 ni kena berjaga-jaga jugak.

Macam mana nak makan ni?

Langkah pencegahan juga penting.

Nek Jenab

Berbual-bual sambil menjamu selera...


Thursday, July 30, 2009

Pengalaman Rombongan Pengantin Ke Johor

Pada 18 Mei 2008 tarikh keramat dan mencatat sejarah bagi zambry ayup(bukan menteri besar PERAK) apabila diijabkabul di Johor. Tempat sebenar penulis terlupa plak.. Rombongan dari Melaka telah mengiringi pengantin ke majlis tersebut. Walaupun jarak dari melaka ke tempat perkahwinan amat jauh, namun kepenatan perjalanan diupah dengan hasil yang lumayan.


Kami disajikan dengan sate buffet beserta hidangan-hidangan lain. Setiba rombongan kami di kampung berkenaan, pihak sebelah lelaki telah mula mengandam pengantin lelaki.




fuh.. lamak baju hijau sedondong mengiringi pancaragam pengantin. Sebu gak dibuatnya telinga penulis..

Segak dan bergaya.. berdiri memang tak sama tinggi (pengantin dan pengapit)
namun memang nampak bersemangat si pengapit tu..



Rombongan mula diasak dan disekat oleh TOL HARAM pertama..
kelihatan pengapit mula ngelabah.. Penulis tengah amik gambar pasal nak lari dari bayar tol..
wa..waa..wa

Kelihatan dak hanim dan amirah mengiringi pengantin dengan begitu bersemangat walaupun panas terik..


(berbaju merah..gambar diatas) mula dah rasa frust.. mesyuarat tergempar dibelakang penulis sedang berlangsung.. yang lain sumer dah melarikan diri ke bawah pokok yang berhampiran..(pasal panas..la.)





Alunan muzik zapin kuat berkumandang dari rumah pengantin. Kelihatan beberapa anak-anak muda berpakaian serba tradisional memulakan rentak tari yang sungguh sopan mengiringi kehadiran para rombongan dari melaka.

Rombongan melaka mula berarak (Perhimpunan Tak Haram nie...) menuju ke rumah pengantin perempuan dengan begitu tersusun dan sungguh disiplin. Lihat gambar.

Tiba-tibaa..aaa (susspen.. nie) rombongan kami mula diasak dan disekat oleh pelbagai jenis TOL HARAM (tetiba jer wujud... siap bawak senduk.. ada yang bawa tempat kacau nasi..(centong)) yang menyebabkan pergerakan kami sudah mulai jem.. akibat asakan yang bertali arus..

Suasana yang pada mulanya harmonis .. mula bertukar kaler macam kertas litmus, bertukar menjadi huru hara (tapi masih boleh diamankan) apabila TOL HARAM pertama sudah mula mengasak supaya duit tol dibayar ..kalu nak masuk...

Pengiring pengantin (Abang Ngah) sudah mula ngelabah cengkaarung apabila tangan mula menyeluk-nyeluk saku berisi duit tol. Sambil buat-buat pantun dua kerat, duit tol pertama diserahkan kepada penjaga tol. Tiba-tiba penjaga TOL HARAM mulai hilang akal.. menyeluk saku abang ngah dan ... apa lagi abih semua sampul berisi tol disebat nya.. suasana mulai tegang..

pantun-pantun ..orang sini tak main kot... pada masa itu, penulis berada kat belakang. Puas juga penulis membaca apa-apa surah yang diingat supaya maslah ini dapat diatasi namun tak berhasil. Penulis rasa macam nak menzapinkan ajer penjaga tol tu...

TOL HARAM kedua mula rasa dicabar.. dan mula merapati rombongan dari melaka. Ini sudah melampau nie... bisik hati penulis. Baru nak buka silat pulut kat dia worang , tetiba jer datang dari arah penanggah seorang member dari pekerja tol kedua dengan membawa centung merapati member dia yang lain. Huh.. penulis terus bukak langkah reverse dan duduk di belakang pengantin sambil mengira-gira duit yang ada dalam poket baju melayu.

Bunyi kompang dan gendang yang datang dari arah belakang menutupi suasana yang berlaku antara pengantin dan penjaga tol.

Baba mula naik hanggin ... mula buat decission nak balik.. dia dah mula nak patah balik... amblong dan yang lain-lain juga mula membebel. Penulis puas gak mengintai-ngintai mana lah tau pak mertua zambri ada kat mana-mana. Buleh gak dapat kad TOUCH and GO..

Namun tidak kesampaian. Suasana sudah mulai tegang. Senduk dan centong menjadi penghalang. Muka zambri sudah bertukar kaler. Abih ngelabah bila baba mula mempertikaikan wujudnya TOL HARAM.

Tiba-tiba arah dari dapur menjemput rombongan masuk. Huh.. baru lega rasanya pihak rombongan dari melaka. Muzik zapin mula hinggar bingar dialunkan menjemput masuk para tetamu. Marah kami terus tenggelam akibat dari sedikit persembahan silat pulut dan juga persembahan tarian zapin. Serta sogokan air sirap asam masin. HUH.. LEGA..



Ewah... zapin dik..zapin.. asalkan buleh makan sate.. udah ler..
balik modal keluar tol tadi.. ewah.wahh


Begitulah kisahnya , namun tahniah kepada zambri dan isterinya kerana selamat diijabkabul dan moga-moga berkekalan ke anak cucu. Cuma nasihatnya, jangan buat TOL itu macam.. ya macha.


Post: azmi b ayup
Writer: azmi b. ayup
Photo:azmi b ayup gak..

Tuesday, July 28, 2009

Bila Baba Jumpa Gitar


Pada 25 Julai 2009, Baba, Mak, Makcik Sharifah, Acik Sue singgah di Maokil, rumah ibu bapa Amy (ibu bapa mertua Zam) selepas menghadiri kenduri kahwin di Chaah. Inilah gaya Baba bila terjumpa gitar di sana. Teringat zaman dolu-dolu ke Baba? :)

Picture by: Acik Sue (Gambar kurang jelas kerana memegang handphone dengan tangan melekit. Sedang ralit makan rambutan dan manggis ketika Baba melakukan aksi istimewa)
Posted by: Acik Sue

Monday, July 27, 2009

Lawatan Penanda Arasan Di Kota Bharu

Lawatan emak,baba dan rozana serta anaknya ke kota bharu kali ini telah ditanggung sepenuhnya oleh azilah dengan menaiki pesawat tambang murah airasia. Kehadiran tetamu ini amat dinanti-nanti untuk mengisi jadual lawatan yang agak padat. Setiba petang hari itu, terus dibawa para tetamu ke rumah azmi di Kubang Kerian. Berikut adalah sebahagian gambar yang diambil sepanjang lawatan penanda arasan ke kota bharu.

Persiapan untuk mengadakan kenduri doa kesyukuran dan majlis hari jadi atuk dan anis yang jatuh pada hari yang sama. Biasanya buat dikampung, namun pada tahun ini, telah diadakan di Kota Bharu. Terima kasih la.. kepada yang sponsor tikit kapal terbang. (dibelakang-rozana dan anaknya yang keletihan..)


Ibarat pepatah mengatakan, 'sambil menyelam minum air', kena pada harinya. iaitu harijadi anis dan atuknya. Kami sekeluarga dan keluarga sebelah kelantan membuat majlis doa kesyukuran dan menyambut hari jadi bagi kedua-dua pasangan.

Kelihatan sedang memotong kek hari jadi bersama-sama.


Juadah disediakan berupa nasi beriani ala saloma. Nyamm..sedapnyer.. Emak sponser rendang ayam kampung untuk memeriahkan majlis hari tu.


Malam esoknya : membuat lawatan sedikit ke sekitar ibu kota bharu.

kelihatan emak sedang berposing kat kereta sapa erk.. tapi tak pa, dibelakang tu suasana Kota Bharu waktu malam. Kini kami berada di hadapan istana berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah bersempena nama emak.


Sekadar melepaskan anak mata melihat keindahan malam di kota bharu. Rasa terpegun dan sahdu melihatkan keindahan malam dan disulami azan isyak pada malam itu. Aiman tengah nak bergurau dengan jurufoto.



Post bersama athirah. Rasanya nak menghilangkan bosan emak dan baba, kami berjalan-jalan sekitar tempat persinggahan.

Gambar diatas adalah mimik muka spontan raihana. Bukan tercekik.. atau .. marah.. tapi perasaan terpegun gamaknya ketika berada di Bandar Kota Bharu.


Gambar kenangan bersama emak dan baba. Aiman pada malam tu sukar dikawal.. pasal berjumpa dengan raihana.


"Ehh... aiman, bak po demo buat lagu tu weii... " tanya raihana.
Jangan terkejut, ini bukan spontan tetapi salah satu teknik wushu dan taichi
bersama pokok kemboja. Teknik ini untuk melancarkan peredaran darah
dari buah pinggang ke hujung jari... buleh cuba..


Last posing sebelum balik ke rumah azmi. sumer dang mengantuk... uwaa..
sambung lawatan terakhir ke tapak pembinaan rumah yang berkontroversi...


Lawatan ke Tapak Pembinaan Rumah Azmi di Peringat


Acara kemuncak, lawatan penanda arasan tapak pembinaan rumah diperingat. Kelihatan emak begitu sedih selepas diberikan taklimat awal tentang progress projek.

Kelihatan anis dan aiman mengiringi emak melawat tapak bersama baba dan rozana.
Banyak cadangan dan pandangan yang telah dilontarkan dan akan diambil tindakan.
Hasilnya, kami telah membuat penukaran kontraktor dan kini tinggal 10% lagi..

insya allah siap hujung tahun ini.



dengan penuh bersemangat melihatkan projek yang belum siap.

Akhir sekali, lawatan ke Pasar Siti Khadijah. Disini kami memang tak akan memaparkan gambar-gambar ketika berada di Pasar berkenaan atas nasihat pihak tertentu. Disebabkan kalah membeli menang memakai.. Terima kasih kepada yang terlibat.. so diharap ahli keluarga yang lain dapat sudi-sudi kiranya membuat lawatan ke Kota Bharu.

Selamat datang deh...

Mesyuarat Bersama Keluarga

Mesyuarat Bersama Keluarga

Diatas ialah gambar keseluruhan dari kiri ke kanan rumah.
Tak berapa terang. Kalu nak tenguk yang clear, sila klik kat gambar


Mohon maaf kerana gambar semasa mesyuarat ini lewat di upload. Ini kerana ada maslah teknikal. Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sebagai bukti mesyuarat pada tahun 2008.

Diawal mesyuarat, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh ayah tersayang. Semua ahli mesyuarat meng-aminkan doa yang dibaca. Selepas itu, amanat diberikan oleh ayah tersayang sambil kedengaran sampuk menyampuk dari ibu tercinta untuk menguatkan hujah amanat.


Di dalam mesyuarat tempoh hari, terdapat pelbagai cadangan dan penambahbaikan polisi dan rang undang-undang/ enakmen terbaru. Pihak penulis tidak berminat untuk mengemukakan sebarang pindaan disini atas tujuan sulit. Hanya dari gambar yang dipaparkan sahaja sudah cukup memaparkan betapa seriusnya mesyuarat kali ini. Kesemua anggota keluarga mengambil bahagian dalam mesyuarat kali ini.


Gambar: Pengerusi Tetap (berkopiah) sedang memandang ahli keluarga yang masih belum membayar yuran sambil melontarkan senyuman yang buat-buat. Mana tak bayar lagi.. sila bayar.
Sebelahnya, penyokong kuat (masih single) sedang memberi idea dalam menambah baik agenda dalam mesyuarat.


Ahli mesyuarat dari Adun Titiwangsa (abang Ngah-berbaju ungu) sedang meneliti hujah-hujah yang sedang diutarakan dalam mesyuarat. Beliau dulu seorang korporat berjaya ketika berkecimpung dalam perniagaan asam.



Post dari Aiman dan Anis setelah selesai solat hajat bagi mendoakan kejayaan budjet dan belanjawan yang telah dibentang kali ini. Harap-harap menjadi ler...


Pandangan dari atas, ajk sayap kiri (amir -bersongkok, jenab,azilah dan niza-berlunjur kaki) yang dari tadi memberi cadangan tentang yuran dan skim bantuan buku teks dan lain-lain. Azilah (berbaju biru kunang-kunang) baru sahaja abih makan barbeku .. mencari tempat yang sesuai untuk berbahas.. (kelihatan bersedia bila tangan digengam erat sebegitu rupa)


Senda gurau asam garam dalam mesyuarat ini. Kelihatan setiausaha (berbaju kuning langsat tua) Pn Fazanah, sedang berusaha mencatatkan hasil mesyuarat dengan penuh iltizam. Hasil mesyuarat ini akan dirafakkan ke Pengerusi untuk dilaksanakan.

Kelihatan sebahagian ahli mesyuarat mengambil bahagian dalam pergulungan dan perbahasan akhir berkenaan tempat mesyuarat akan datang. Ada diantara ahli mesyuarat menyuarakan pandangan agar mesyuarat diadakan di Johor ..ler, cameron Highland ler... dan macam-macam lagi kerenah ahli mesyuarat. Setakat ini tiada berlaku kekecohan yang timbul seperti baling bantal atau sebagainya. Ada juga ahli mesyuarat yang memberi cadangan yang agak sarkastik, namun masih boleh diterima asalkan tidak melibatkan kos jutaan ringgit.


Bantal busuk tu bukan salah satu agenda mesyuarat. Sebaliknya satu agenda tersirat. Kalau bukan anaknya yang nak tidur...

akhir mesyuarat, sesi foto tak rasmi dijalankan. Pengerusi sekali lagi mengingatkan agar ayam bakar, ikan bakar kat luar tu kena abiskan.. kalu tak membazir..

Inilah sebahagian gambar yang telah diambil daripada skuad pantai timur sebagai tugasan yang telah diamanahkan dalam mesyuarat tempoh hari.