Monday, July 27, 2009

Mesyuarat Bersama Keluarga

Mesyuarat Bersama Keluarga

Diatas ialah gambar keseluruhan dari kiri ke kanan rumah.
Tak berapa terang. Kalu nak tenguk yang clear, sila klik kat gambar


Mohon maaf kerana gambar semasa mesyuarat ini lewat di upload. Ini kerana ada maslah teknikal. Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sebagai bukti mesyuarat pada tahun 2008.

Diawal mesyuarat, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh ayah tersayang. Semua ahli mesyuarat meng-aminkan doa yang dibaca. Selepas itu, amanat diberikan oleh ayah tersayang sambil kedengaran sampuk menyampuk dari ibu tercinta untuk menguatkan hujah amanat.


Di dalam mesyuarat tempoh hari, terdapat pelbagai cadangan dan penambahbaikan polisi dan rang undang-undang/ enakmen terbaru. Pihak penulis tidak berminat untuk mengemukakan sebarang pindaan disini atas tujuan sulit. Hanya dari gambar yang dipaparkan sahaja sudah cukup memaparkan betapa seriusnya mesyuarat kali ini. Kesemua anggota keluarga mengambil bahagian dalam mesyuarat kali ini.


Gambar: Pengerusi Tetap (berkopiah) sedang memandang ahli keluarga yang masih belum membayar yuran sambil melontarkan senyuman yang buat-buat. Mana tak bayar lagi.. sila bayar.
Sebelahnya, penyokong kuat (masih single) sedang memberi idea dalam menambah baik agenda dalam mesyuarat.


Ahli mesyuarat dari Adun Titiwangsa (abang Ngah-berbaju ungu) sedang meneliti hujah-hujah yang sedang diutarakan dalam mesyuarat. Beliau dulu seorang korporat berjaya ketika berkecimpung dalam perniagaan asam.



Post dari Aiman dan Anis setelah selesai solat hajat bagi mendoakan kejayaan budjet dan belanjawan yang telah dibentang kali ini. Harap-harap menjadi ler...


Pandangan dari atas, ajk sayap kiri (amir -bersongkok, jenab,azilah dan niza-berlunjur kaki) yang dari tadi memberi cadangan tentang yuran dan skim bantuan buku teks dan lain-lain. Azilah (berbaju biru kunang-kunang) baru sahaja abih makan barbeku .. mencari tempat yang sesuai untuk berbahas.. (kelihatan bersedia bila tangan digengam erat sebegitu rupa)


Senda gurau asam garam dalam mesyuarat ini. Kelihatan setiausaha (berbaju kuning langsat tua) Pn Fazanah, sedang berusaha mencatatkan hasil mesyuarat dengan penuh iltizam. Hasil mesyuarat ini akan dirafakkan ke Pengerusi untuk dilaksanakan.

Kelihatan sebahagian ahli mesyuarat mengambil bahagian dalam pergulungan dan perbahasan akhir berkenaan tempat mesyuarat akan datang. Ada diantara ahli mesyuarat menyuarakan pandangan agar mesyuarat diadakan di Johor ..ler, cameron Highland ler... dan macam-macam lagi kerenah ahli mesyuarat. Setakat ini tiada berlaku kekecohan yang timbul seperti baling bantal atau sebagainya. Ada juga ahli mesyuarat yang memberi cadangan yang agak sarkastik, namun masih boleh diterima asalkan tidak melibatkan kos jutaan ringgit.


Bantal busuk tu bukan salah satu agenda mesyuarat. Sebaliknya satu agenda tersirat. Kalau bukan anaknya yang nak tidur...

akhir mesyuarat, sesi foto tak rasmi dijalankan. Pengerusi sekali lagi mengingatkan agar ayam bakar, ikan bakar kat luar tu kena abiskan.. kalu tak membazir..

Inilah sebahagian gambar yang telah diambil daripada skuad pantai timur sebagai tugasan yang telah diamanahkan dalam mesyuarat tempoh hari.

1 comment:

Anonymous said...

fuyyooo... dahsyat siot dia nye pembentangan menyuarat keluarga.. makan tahun br masuk...ekekkekee.... :P
keep it up... :)