Monday, July 27, 2009

Lawatan Penanda Arasan Di Kota Bharu

Lawatan emak,baba dan rozana serta anaknya ke kota bharu kali ini telah ditanggung sepenuhnya oleh azilah dengan menaiki pesawat tambang murah airasia. Kehadiran tetamu ini amat dinanti-nanti untuk mengisi jadual lawatan yang agak padat. Setiba petang hari itu, terus dibawa para tetamu ke rumah azmi di Kubang Kerian. Berikut adalah sebahagian gambar yang diambil sepanjang lawatan penanda arasan ke kota bharu.

Persiapan untuk mengadakan kenduri doa kesyukuran dan majlis hari jadi atuk dan anis yang jatuh pada hari yang sama. Biasanya buat dikampung, namun pada tahun ini, telah diadakan di Kota Bharu. Terima kasih la.. kepada yang sponsor tikit kapal terbang. (dibelakang-rozana dan anaknya yang keletihan..)


Ibarat pepatah mengatakan, 'sambil menyelam minum air', kena pada harinya. iaitu harijadi anis dan atuknya. Kami sekeluarga dan keluarga sebelah kelantan membuat majlis doa kesyukuran dan menyambut hari jadi bagi kedua-dua pasangan.

Kelihatan sedang memotong kek hari jadi bersama-sama.


Juadah disediakan berupa nasi beriani ala saloma. Nyamm..sedapnyer.. Emak sponser rendang ayam kampung untuk memeriahkan majlis hari tu.


Malam esoknya : membuat lawatan sedikit ke sekitar ibu kota bharu.

kelihatan emak sedang berposing kat kereta sapa erk.. tapi tak pa, dibelakang tu suasana Kota Bharu waktu malam. Kini kami berada di hadapan istana berdekatan dengan Pasar Siti Khadijah bersempena nama emak.


Sekadar melepaskan anak mata melihat keindahan malam di kota bharu. Rasa terpegun dan sahdu melihatkan keindahan malam dan disulami azan isyak pada malam itu. Aiman tengah nak bergurau dengan jurufoto.



Post bersama athirah. Rasanya nak menghilangkan bosan emak dan baba, kami berjalan-jalan sekitar tempat persinggahan.

Gambar diatas adalah mimik muka spontan raihana. Bukan tercekik.. atau .. marah.. tapi perasaan terpegun gamaknya ketika berada di Bandar Kota Bharu.


Gambar kenangan bersama emak dan baba. Aiman pada malam tu sukar dikawal.. pasal berjumpa dengan raihana.


"Ehh... aiman, bak po demo buat lagu tu weii... " tanya raihana.
Jangan terkejut, ini bukan spontan tetapi salah satu teknik wushu dan taichi
bersama pokok kemboja. Teknik ini untuk melancarkan peredaran darah
dari buah pinggang ke hujung jari... buleh cuba..


Last posing sebelum balik ke rumah azmi. sumer dang mengantuk... uwaa..
sambung lawatan terakhir ke tapak pembinaan rumah yang berkontroversi...


Lawatan ke Tapak Pembinaan Rumah Azmi di Peringat


Acara kemuncak, lawatan penanda arasan tapak pembinaan rumah diperingat. Kelihatan emak begitu sedih selepas diberikan taklimat awal tentang progress projek.

Kelihatan anis dan aiman mengiringi emak melawat tapak bersama baba dan rozana.
Banyak cadangan dan pandangan yang telah dilontarkan dan akan diambil tindakan.
Hasilnya, kami telah membuat penukaran kontraktor dan kini tinggal 10% lagi..

insya allah siap hujung tahun ini.



dengan penuh bersemangat melihatkan projek yang belum siap.

Akhir sekali, lawatan ke Pasar Siti Khadijah. Disini kami memang tak akan memaparkan gambar-gambar ketika berada di Pasar berkenaan atas nasihat pihak tertentu. Disebabkan kalah membeli menang memakai.. Terima kasih kepada yang terlibat.. so diharap ahli keluarga yang lain dapat sudi-sudi kiranya membuat lawatan ke Kota Bharu.

Selamat datang deh...

Mesyuarat Bersama Keluarga

Mesyuarat Bersama Keluarga

Diatas ialah gambar keseluruhan dari kiri ke kanan rumah.
Tak berapa terang. Kalu nak tenguk yang clear, sila klik kat gambar


Mohon maaf kerana gambar semasa mesyuarat ini lewat di upload. Ini kerana ada maslah teknikal. Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sebagai bukti mesyuarat pada tahun 2008.

Diawal mesyuarat, majlis telah dimulakan dengan bacaan doa oleh ayah tersayang. Semua ahli mesyuarat meng-aminkan doa yang dibaca. Selepas itu, amanat diberikan oleh ayah tersayang sambil kedengaran sampuk menyampuk dari ibu tercinta untuk menguatkan hujah amanat.


Di dalam mesyuarat tempoh hari, terdapat pelbagai cadangan dan penambahbaikan polisi dan rang undang-undang/ enakmen terbaru. Pihak penulis tidak berminat untuk mengemukakan sebarang pindaan disini atas tujuan sulit. Hanya dari gambar yang dipaparkan sahaja sudah cukup memaparkan betapa seriusnya mesyuarat kali ini. Kesemua anggota keluarga mengambil bahagian dalam mesyuarat kali ini.


Gambar: Pengerusi Tetap (berkopiah) sedang memandang ahli keluarga yang masih belum membayar yuran sambil melontarkan senyuman yang buat-buat. Mana tak bayar lagi.. sila bayar.
Sebelahnya, penyokong kuat (masih single) sedang memberi idea dalam menambah baik agenda dalam mesyuarat.


Ahli mesyuarat dari Adun Titiwangsa (abang Ngah-berbaju ungu) sedang meneliti hujah-hujah yang sedang diutarakan dalam mesyuarat. Beliau dulu seorang korporat berjaya ketika berkecimpung dalam perniagaan asam.



Post dari Aiman dan Anis setelah selesai solat hajat bagi mendoakan kejayaan budjet dan belanjawan yang telah dibentang kali ini. Harap-harap menjadi ler...


Pandangan dari atas, ajk sayap kiri (amir -bersongkok, jenab,azilah dan niza-berlunjur kaki) yang dari tadi memberi cadangan tentang yuran dan skim bantuan buku teks dan lain-lain. Azilah (berbaju biru kunang-kunang) baru sahaja abih makan barbeku .. mencari tempat yang sesuai untuk berbahas.. (kelihatan bersedia bila tangan digengam erat sebegitu rupa)


Senda gurau asam garam dalam mesyuarat ini. Kelihatan setiausaha (berbaju kuning langsat tua) Pn Fazanah, sedang berusaha mencatatkan hasil mesyuarat dengan penuh iltizam. Hasil mesyuarat ini akan dirafakkan ke Pengerusi untuk dilaksanakan.

Kelihatan sebahagian ahli mesyuarat mengambil bahagian dalam pergulungan dan perbahasan akhir berkenaan tempat mesyuarat akan datang. Ada diantara ahli mesyuarat menyuarakan pandangan agar mesyuarat diadakan di Johor ..ler, cameron Highland ler... dan macam-macam lagi kerenah ahli mesyuarat. Setakat ini tiada berlaku kekecohan yang timbul seperti baling bantal atau sebagainya. Ada juga ahli mesyuarat yang memberi cadangan yang agak sarkastik, namun masih boleh diterima asalkan tidak melibatkan kos jutaan ringgit.


Bantal busuk tu bukan salah satu agenda mesyuarat. Sebaliknya satu agenda tersirat. Kalau bukan anaknya yang nak tidur...

akhir mesyuarat, sesi foto tak rasmi dijalankan. Pengerusi sekali lagi mengingatkan agar ayam bakar, ikan bakar kat luar tu kena abiskan.. kalu tak membazir..

Inilah sebahagian gambar yang telah diambil daripada skuad pantai timur sebagai tugasan yang telah diamanahkan dalam mesyuarat tempoh hari.

Sunday, July 26, 2009

Lawatan Mengejut Dari Pantai Timur

Pada 26 Julai 2009, lawatan mengejut dari Pantai Timur ke Melaka bersama 2 teman sejati iaitu Anis dan Aiman. Tema lawatan kali ini ialah 'Balik Kampung' dengan menaiki kereta buat julung-julung kali (dah 5 tahun tak balik naik kereta...).


Gambar kiri : persediaan memetik buah rambutan yang lebat ... tapi masak hanya 2 - 5 butir.

Antara agenda semasa di melaka ialah basuh rumah si saupi.

Gambar: aiman dan anis yang sedang berposing bersama jendela tingkap di ruangan sengkuap.
Gambar: Menyambut harijadi aiman yang ke 6 dikampung. Aiman malu-malu nak tiup lilin syahdu menyambut hari jadi kat kampung.




Sambutan harijadi kali ini diiringi doa oleh atuknya.



Akhir sekali, sekembali ke Kelantan, kami sekeluarga bermalam di rumah kak ngah.
Di akhir misi kami, banyak pengalaman dan cadangan yang telah diutarakan. Antaranya ialah misi kedai dibasuh kereta dan banyak lagi pendapat yang dikira ok gak..












Apa pun, terima kasih kepada semua ketika berada di Melaka.

Saturday, July 11, 2009

Jom balik..musim buah-buahan dah tiba..

Sewaktu foto ini dirakamkan, masih ada lagi buah-buahan bermusim seperti rambutan dan langsat di atas pokok... kalau nak rasa buah-buahan ni, balik ler... Kalau tidak tengok gambo jelah...

Tukang kira buah..

Tukang petik buah...


Tukang rasa...


Tukang kutip buah...

Sembang-sembang buah...


Cak..cak..malu pulak...


Buah langsat..


Buah langsat kuning mencelah...



Rambutan..







Posted by : Azman
Picture by : Azman
Wording idea : Azman

Wednesday, July 1, 2009

Ali di wad Hospital Ampang Puteri

Ali n ibu nya...

cian nye muka orang demam ni... :)

Ali n ibu nya... :)


Dapat berita pasal Ali n ayah nya dimasukkan ke hospital minggu lepas.. Ali masuk semula hospital ampang puteri setelah bleh keluar pada sabtu 27hb jun 2009... gambar2 ni diambil masa pi melawat dia di hospital ampang puteri pada hari isnin 29hb jun 2009... nampak macam dah ok sket kot...
Berita terkini, Ali dah pun keluar dr wad hari ni 1 July 2009... alhamdulillah... semoga keadaan nya bertambah baik... bleh pi sekolah semula.. ;)
Picture & Wording by : Yatie
News by : Azilah

Sunday, June 28, 2009

musim buah mari le balik... :)


durian...

buah cempedak di luar pagar, mari di peram didalam guni... :) (idea ayat dr jenab.. hehe)

rambut.. rambut... rambutttttttan.... :D


ade jugak buah nangka diluar pagar...



pantun 2 kerat dr team melaka :
durian di dalam guni (berkemungkinan beli.. haha.. )
sape x balik dia rugi..



bubur durian... nyum nyum... :)
sepiok bubur durian... :D

time makan... ;)

semua nya bleh dapat bile balik kat rumah ni... ;)

rumah di melaka...

Posted by : Yatie

Picture by : Azman

Wording idea : Jenab + Yatie

Saturday, January 10, 2009

Haji 2004/2005

Dalam hening pagi hari ini, teringat aku untuk mencoretkan sebahagian kenangan yang indah bersama Ibunda, Ayahanda dan MakNgah semasa berada di Tanah Suci mengerjakan Haji 2004/2005. Hanya gambar-gambar yang dapat ku selitkan bagi berkongsi pandangan dan pengalaman semasa di sana. Takut gambar2 ini pun hilang dari simpanan, maka seeloknya lah aku letakkan di blog ayupfamily ni.






















Gambar dari tingkat atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah.





















Gambar di Ladang Ternakan Unta, semasa acara ziarah selepas menunaikan Fardhu Haji. Kelihatan MakNgah, Mak dan Baba sedang posing. Dengar khabarnya, susu unta baik untuk kesihatan dan menjadi minuman berkhasiat di sini.



Gambar-gambar lain.