Wednesday, July 1, 2009

Ali di wad Hospital Ampang Puteri

Ali n ibu nya...

cian nye muka orang demam ni... :)

Ali n ibu nya... :)


Dapat berita pasal Ali n ayah nya dimasukkan ke hospital minggu lepas.. Ali masuk semula hospital ampang puteri setelah bleh keluar pada sabtu 27hb jun 2009... gambar2 ni diambil masa pi melawat dia di hospital ampang puteri pada hari isnin 29hb jun 2009... nampak macam dah ok sket kot...
Berita terkini, Ali dah pun keluar dr wad hari ni 1 July 2009... alhamdulillah... semoga keadaan nya bertambah baik... bleh pi sekolah semula.. ;)
Picture & Wording by : Yatie
News by : Azilah

Sunday, June 28, 2009

musim buah mari le balik... :)


durian...

buah cempedak di luar pagar, mari di peram didalam guni... :) (idea ayat dr jenab.. hehe)

rambut.. rambut... rambutttttttan.... :D


ade jugak buah nangka diluar pagar...



pantun 2 kerat dr team melaka :
durian di dalam guni (berkemungkinan beli.. haha.. )
sape x balik dia rugi..



bubur durian... nyum nyum... :)
sepiok bubur durian... :D

time makan... ;)

semua nya bleh dapat bile balik kat rumah ni... ;)

rumah di melaka...

Posted by : Yatie

Picture by : Azman

Wording idea : Jenab + Yatie

Saturday, January 10, 2009

Haji 2004/2005

Dalam hening pagi hari ini, teringat aku untuk mencoretkan sebahagian kenangan yang indah bersama Ibunda, Ayahanda dan MakNgah semasa berada di Tanah Suci mengerjakan Haji 2004/2005. Hanya gambar-gambar yang dapat ku selitkan bagi berkongsi pandangan dan pengalaman semasa di sana. Takut gambar2 ini pun hilang dari simpanan, maka seeloknya lah aku letakkan di blog ayupfamily ni.






















Gambar dari tingkat atas Kaabah, di Masjidil Haram, Makkah Al Mukarramah.





















Gambar di Ladang Ternakan Unta, semasa acara ziarah selepas menunaikan Fardhu Haji. Kelihatan MakNgah, Mak dan Baba sedang posing. Dengar khabarnya, susu unta baik untuk kesihatan dan menjadi minuman berkhasiat di sini.



Gambar-gambar lain.

Wednesday, October 29, 2008

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

Tuesday, October 14, 2008

Arkib: Foto Zaman Muda
























Gambar foto yang diambil semasa mudanya di Majidee Camp, Johor Bahru.

Friday, October 3, 2008

Suasana di Hari Raya Aidilfitri 2008


Keluarga Azman Bin Ayup.

Sedondon hijau, macam dah pakat ... matching sampai ke langsir ...


Keluarga Aziah Binti Ayup

Semua dah besar-besar ... penat mak ayah nak membesarkan... jangan lupa kan jasa ibu dan ayah.

Keluarga Amir Bin Ayup

Semoga Berkekalan Hendaknya.. Jauhkan dari segala kerumitan.. moga mendapat ketenangan..amin


Keluarga Azilah Binti Ayup

Kini masih dua orang anak (Adam dan Ali), moga bertambah hendaknya..


Keluarga Azmi Bin Ayup

Keluarga Serambi Mekah.. tenang dan banyak mendapat petunjuk dari tuan guru..amin hendaknya


Keluarga Roseniza binti Ayup

Maching kaler baju ngan karpet raya.. bagus semangat raya katakan..


Keluarga Zainab Binti Ayup

Duduk di johor, kini mempunyai tanggungjawab mendidik dan mengasuh anak kecil. Moga diberkati dan dirahmati allah.


Keluarga Rozana Binti Ayup

Kini duduk di Nilai dan mempunyai seorang cahaya mata. Cita-cita pasangan ini ialah mengumpul setem. Kalu ada setem buleh bagi kat dia.


Keluarga Zambri Bin Ayup

Pasangan ini tinggal di Bukit Beruang. Moga mempunyai azam dan iltizam yang tinggi untuk berhenti merokok. Hobi dia (dak zam) mengumpul kotak rokok.


Azhar Bin Ayup dan Saufi Yuzaimi Bin Ayup
Gambar separa bujang dan bujang. Genang air mata meninggalkan isteri tercinta di pagi raya sambil makan ketupat raya.

Tiada Di Dalam Gambar - Norhayati Binti Ayup
.... sedang menjahit baju di pagi raya. gambar dia nie memang saja tak nak bubuh, pasal selagi baju raya tak siap, selagi tu lah gambar dia tak di naik kan.

Gambar-gambar lain.